Sejak penubuhannya CUCMS lebih dari satu dekad yang lalu, Universiti ini telah menghasilkan lebih daripada 1000 graduan perubatan berjaya. Kurikulumnya yang bersepadu dan padat menyediakan pendidikan dan latihan yang berkesan dalam amalan klinikal. Para graduan perubatan CUCMS adalah antara yang paling popular di Malaysia kerana kurikulum perubatannya memenuhi piawaian antarabangsa yang tinggi
12 bulan program
Akreditasi oleh MQA
Untuk pelajar lepasan SPM/UEC/O-Level
SESI KEMASUKAN DIBUKA
5 tahun program
Akreditasi penuh MQA
Untuk pelajar lepasan Matric/STPM/A-Level/UEC
SESI KEMASUKAN DIBUKA
Biasiswa ini merangkumi 100% yuran pengajian dengan terma dan syarat
yang ditetapkan
--------------------------------------
Pegawai Perubatan Am selalunya adalah orang pertama yang dijumpai oleh pesakit. Mereka menyediakan penjagaan utama yang berterusan kepada pesakit dan keluarga mereka dengan menentukan keperluan kesihatan pesakit. Pegawai Perubatan Am juga akan melibatkan professional kesihatan yang lain jika diperlukan untuk memulakan proses rawatan
Pakar Obstetrik memberikan penjagaan kepada wanita sebelum, semasa dan selepas kehamilan. Bidang Ginekologi adalah penjagaan wanita khusus untuk masalah yang unik kepada organ-organ reproduktif wanita. Keistimewaan bidang ini termasuk peluang kerjasama dengan pakar-pakar lain seperti urologi, pembedahan kolorektal dan onkologi
Pakar Pediatrik memberikan rawatan untuk orang muda terutamanya bayi dan kanak-kanak. Mereka perlu selalu mengikuti perkembangan terkini melibatkan pertumbuhan kanak-kanak dan menjalankan penyelidikan. Sebagai Pakar Pediatrik, mereka harus mempunyai komunikasi yang baik antara kanak-kanak yang dirawat dan ibu-bapa mereka
Beroperasi Sekarang
Cyberjaya University College of Medical Sciences (DKU003(B)) © 2019
All rights reserved. | Privacy Notice